Waktu Operasi : Isnin - Jumaat | 9.00am - 5.30pm

Berita

Home > Berita

Wan Rosdy, Johari Ghani, Mohamed Khaled menang jawatan Naib Presiden UMNO

PETALING JAYA – Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani menang jawatan Naib Presiden UMNO 2023.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO (JPU) 2023, Tan Sri Shahrir Samad, berkata, masih ada empat daripada 191 bahagian yang masih belum menyerahkan keputusan, namun beliau berpendapat ia tidak akan mengubah keputusan terkini.

“Bagi jawatan Naib Presiden UMNO, Wan Rosdy mendapat undian tertinggi iaitu 124 undian, kedua Mohamed Khaled (114) dan Johari (107).

“Hari ini ada 187 keputusan daripada 191 bahagian tetapi kami berpendapat empat lagi (keputusan) tidak akan mengubah kedudukan yang telah dicapai terutamanya bagi jawatan Pengerusi Tetap yang kekal dipegang oleh Tan Sri Badruddin Amiruddin dengan 174 undi manakala jawatan Timbalan dimenangi oleh Datuk Seri Abdul Fattah Abdullah (125 undi).

“Secara rasminya, Badruddin boleh dikatakan mengekalkan kedudukan beliau sehingga pemilihan yang akan datang,” katanya dalam sidang media di Menara Dato’ Onn, sebentar tadi. 

Sumber : KOSMO ONLINE

Previous “Kalah dalam politik bukan kalah mati, politik sangat dinamik” – Johari

Johari Ghani © 2023. Hakcipta Terpelihara.