Waktu Operasi : Isnin - Jumaat | 9.00am - 5.30pm

Berita

Home > Berita

Tasik Titiwangsa produk pelancongan KL – Johari

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengharapkan Tasik Titiwangsa dijadikan tempat tarikan dan pusat riadah untuk dikunjungi oleh masyarakat bandar.

Beliau berkata, ini disebabkan Tasik Titiwangsa salah satu produk pelancongan dalam bandaraya Kuala Lumpur.

“Dengan adanya tasik sebegini dan ada banyak aktiviti, ia secara tidak langsung boleh menarik pelancong untuk beristirehat apabila mereka datang ke Kuala Lumpur.

“Dan salah satu tempat yang mereka akan lawat di sini selain daripada Zoo Negara yang berdekatan dengan Kuala Lumpur.

“Pelancongan ini sangat penting dalam aktiviti ekonomi negara kerana kalau kita lihat pada masa lalu sebelum Covid-19, pelancongan menyumbang berbilion ringgit daripada tiket pelancongan yang datang ke negara kita,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan White N Black Aquasports di Taman Tasik Titiwangsa hari ini.

Hadir sama, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh.

Mengulas lanjut, Johari yang merupakan bekas Menteri Kewangan II turut meminta Datuk Bandar Kuala Lumpur mempertimbangkan bagi mewujudkan tempat meletak kereta bertingkat.

Katanya, dengan adanya tempat meletak kereta bertingkat, ia dapat mengurangkan kesesakan apabila orang ramai mengunjungi Taman Tasik Titiwangsa.

“Kadang-kadang ada pengunjung yang datang kena saman. Dia kena saman sebab orang dah ramai dan tak ada tempat untuk meletak kenderaan dan kadang-kadang ‘double park’.

“Ini menimbulkan masalah. Kalau nak saman selalu pun tak guna juga sebab tak ada penyelesaian. Penyelesaiannya ialah kıta sediakan tempat meletak kereta bertingkat. Kemudian, siapa meletak kereta di luar, itu baru boleh saman,” katanya.

Selain itu, beliau turut meminta waktu operasi seperti perniagaan di Taman Tasik Titiwangsa dilanjutkan satu jam lagi sehingga jam 11 malam pada hujung minggu.

“Pada hujung minggu Jumaat dan Sabtu kalau boleh kita tutup pada 11 malam. Selalunya tutup jam 10 malam. Tapi lanjut satu jam lagi pada hujung minggu,” katanya.

Sumber : HARIAN METRO

Previous Targeted subsidies: A challenging but necessary step, says former second finance minister

Johari Ghani © 2023. Hakcipta Terpelihara.