Waktu Operasi : Isnin - Jumaat | 9.00am - 5.30pm

Berita

Home > Berita

Sumbangan Derma

Terima Kasih Sudi Membantu

Bersama-sama kita orang mencapai lebih banyak daripada mana-mana
orang yang melakukan sendirian.

Projek Kami

Setiap Bantuan Anda Akan Mengubah Kehidupan Mereka

Bukan semua warga Titiwangsa dalam golongan B40, malah ada ramai dari golongan T20 dan M40 yang mampu menghulurkan bantuan untuk meringankan beban saudara kita. Disamping mengerjakan amalan bersedekah, kita juga dapat mengembirakan hati mereka yang memerlukan bantuan.
Rezeki kita akan bertambah dengan banyak jika kita bersedekah. Amalan ini akan membuka pintu rezeki kerana kita berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan. Sabda Rasulullah S.A.W: “Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”

Peluang Menderma
Kepada Yang Memerlukan

Please active plugins Give Donations

Ingin Mohon Bantuan?

Jika Ada Sebarang Soalan,
Sila Hubungi Kami

Hubungai kami di talian +603 9284 6624. Kami bersedia membantu anda.

10 Kelebihan Bersedekah

Antara amalan yang paling mudah untuk dilakukan adalah bersedekah. Ia patut dilakukan oleh setiap umat Islam kerana terdapat banyak kelebihan bersedekah. Amalan ini sangat senang dan boleh menolong mereka yang memerlukan bantuan anda. Anda tidak perlu bersedekah banyak pada setiap masa jika anda tidak mampu. Hanya bersedekah mengikut kemampuan anda dan anda boleh menikmati kelebihan yang terdapat pada golongan mulia ini.

Kelebihan sedekah yang pertama adalah ia boleh menghapuskan dosa dan kesalahan anda yang lepas. Tetapi anda perlulah bertaubat agar tidak melakukan perkara itu lagi.

Perkara ini boleh dilihat di mana Rasulullah S.A.W bersabda:

“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api”

(
Hadis Riwayat at-Tirmidzi)

Selain dari menghapuskan dosa anda, bersedekah dengan ikhlas juga akan memberi anda ganjaran pahala. Setiap amalan baik akan diberi ganjaran oleh Allah SWT.

Ini boleh dilihat di dalam Al-Quran di mana Allah berfirman:

“Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali dari bisikan-bisikan orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat kebaikan atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barangsiapa yang berbuat demikian kerana mencari keredaan Allah, maka kami akan memberinya pahala yang besar.”

(Surah an-Nisa:114)

Rezeki anda juga akan bertambah dengan banyak jika anda bersedekah. Amalan ini akan membuka pintu rezeki ajik kerana anda berkongsi rezeki dengan orang yang memerlukan.

Ini boleh dilihat di mana Rasulullah S.A.W bersabda:

“Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”

Kita juga akan dapat memperkuatkan iman kita dan dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT jika kita selalu bersedekah kepada mereka yang memerlukan.

Ini kerana kita berkongsi rezeki yang kita memperolehi dan menggunakan kelebihan ini untuk membantu orang lain. 

Ini boleh mendekatkan diri kita dengan Allah kerana Allah menyayangi mereka yang suka menolong antara satu sama lain.

Kelebihan bersedekah seterusnya adalah dapat memadamkan kepanasan alam kubur melalui amalan mulia ini.

Ramai tidak tahu tentang kelebihan ini yang anda boleh menikmati jika anda bersedekah.

Ia boleh dilihat di dalam hadis di mana Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.”

(Hadis Riwayat at-Thabrani)

Salah satu perkara yang kita mesti melakukan semasa bersedekah adalah kita mesti mempunyai niat yang ikhlas dan tidak bertujuan untuk menunjuk-nunjuk.

Ini boleh memberi anda ganjaran di hari akhirat di mana Allah akan memberi naungan kepada anda. Ini boleh dilihat di dalam sebuah hadis:

“Seorang yang bersedekah dengan tangan kanannya, maka ia menyembunyikan amalnya itu sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh tangan kanannya.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Selain itu, amalan ini juga boleh memanjangkan umur anda. Kelebihan ini menunjukkan keindahan dan kebaikan yang anda akan dapat jika anda selalu bersedekah. 

Perkara ini boleh dilihat di dalam hadis di mana Rasulullah SAW bersabda:

“Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”

(Hadis Riwayat Thabrani)

Amalan bersedekah juga boleh menjauhkan diri anda dari mempunyai sifat kedekut. Ini kerana amalan ini mengajar anda untuk selalu berkongsi rezeki anda.

Bersedekah bukan sahaja dilakukan dengan duit sahaja, daging korban juga boleh disedekahkan kepada golongan fakir miskin.

Ibadah korban mengajar kita untuk selalu berterima kasih dan bersyukur tentang kehidupan kita. 

Dengan bersedekah, kita belajar untuk tidak kedekut dan selalu menolong mereka yang memerlukan bantuan.

Melalui bersedekah, kita juga akan berasa tenang dan bahagia kerana kita dapat membantu mereka yang memerlukan.

Ini juga boleh memberi kebahagiaan kepada kita dan boleh mencuci hati kita. Kita tahu bahawa jika kita bersedekah, duit itu akan digunakan untuk tujuan yang bagus dan bermanfaat.

Oleh itu, kita akan berasa tenang dan berpuas hati kerana dapat menggukanan harta kita ke jalan yang benar.

Kelebihan bersedekah yang terakhir dalam artikel ini adalah amalan bersedekah mampu melindungi kita dari kejahatan dan musibah.

Ini boleh dilihat di mana Rasulullah SAW bersabda:

“Bersegeralah untuk bersedekah. Kerana musibah dan bencana tidak bisa mendahului sedekah.”

Amalan ini boleh menjadi penolak bala untuk kita dan boleh membantu kita hidup dalam keadaan yang selesa dan tenang.

Johari Ghani © 2023. Hakcipta Terpelihara.