Masa: Isnin - Jumaat 9.00 am - 5.30 pm

Setinggan Jalan Shahbandar Cochrane buntu cari penempatan sementara

KUALA LUMPUR: Notis pemindahan yang dikeluarkan pemaju kepada setinggan di Jalan Shahbandar Cochrane di sini sejak dua minggu lalu, menimbulkan pelbagai masalah kepada penduduk terbabit.

Penduduk mendakwa, mereka berdepan kesukaran mencari rumah sewa ataupun tempat tinggal sementara, hingga menyebabkan ada yang terpaksa menumpang rumah kenalan.

Tinjauan BH, mendapati penempatan setinggan di situ sudah dikosongkan, tetapi barang-barang milik penduduk masih berada di dalam kediaman berkenaan yang sebahagian binaannya sudah diroboh dan dimusnahkan.

Penduduk terpaksa meninggalkan sementara barang-barang milik mereka di situ sementara mereka masih berusaha mencari kediaman.

Seorang penduduk yang terjejas, berkata sepanjang dua minggu ini dia menumpang rumah majikannya untuk sementara waktu.

“Saya terpaksa tinggal di rumah majikan disebabkan belum dapat mencari tempat untuk dijadikan tempat tinggal. Barang saya agak banyak jadi masa yang diperlukan untuk memindahkan perkakasan agak lama.

“Rata-rata penduduk di sini sudah mengosongkan rumah mereka tetapi mereka juga masih lagi tidak dapat mencari tempat tinggal,” katanya.

Sementara itu, Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Ghani, berkata beliau akan cuba membantu masalah yang dihadapi penduduk dengan mendapatkan penempatan sementara untuk mereka.

“Saya mengusahakan bagi mendapatkan mereka penempatan sementara di perumahan awam Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Penempatan yang akan diusahakan adalah seperti rumah sewa projek Program Perumahan Rakyat (PPR) dan juga perumahan awam DBKL.

“Masalah yang mereka hadapi sekarang, walaupun sudah diberikan pampasan, penduduk tidak dapat dan tidak tahu di mana mereka boleh mencari tempat tinggal baharu.

“Sekiranya perumahan PPR dan Perumahan Awam DBKL ini mempunyai kekosongan, mereka boleh terus menyewa di situ sehingga mereka boleh mencari tempat tinggal yang lain,” katanya.

Johari berkata, isu ini dapat diselesaikan sekiranya ada kekosongan di perumahan PPR dan Perumahan Awam DBKL.

“Masalah yang dihadapi adalah untuk mendapatkan kekosongan di perumahan berkenaan,” katanya.

Johari berkata, pada Ahad lalu, beliau turut mengadakan perjumpaan untuk mendengar aduan dan masalah yang dihadapi oleh penduduk setinggan Jalan Shahbandar Cochrane.

“Saya sedang cuba menyelesaikan masalah mereka dengan mengusahakan bagi mendapatkan mereka penempatan sementara di perumahan awam DBKL,” katanya.

Sumber : BERITA HARIAN

Previous Johari: Give Kampung Sungai Baru residents 6 months to find new homes
how to suck a dick world of warcraft rule 34 milfrabbit.net skip the games columbia mo tits in see through, big bouncing boobs gif mia khalifa porn videos pornhiho.net what does a neek mean try not to cum challenge, best free porn movies mom anx son porn xnxxteenvideos.com videos on nude beaches gay black fat porn

Johari Ghani © 2023. Hakcipta Terpelihara.