Pusat Khidmat Ahli Parlimen Titiwangsa
Pusat Khidmat Ahli Parlimen Titiwangsa merupakan pusat operasi utama dalam merancang, menyelaras dan melaksanakan agenda pembangunan rakyat serta gerak kerja politik di Parlimen Titiwangsa. Di sinilah segala perancangan strategik, penyampaian maklumat, kerja kebajikan dan koordinasi jentera dilakukan dengan sistematik dan tersusun.
Sebagai institusi yang dekat dengan masyarakat, Pusat Khidmat Ahli Parlimen Titiwangsa bukan sekadar tempat mesyuarat. Ia adalah pusat bagi rakyat mendapatkan bantuan, menyuarakan keperluan, melaporkan isu dan menerima maklumat yang tepat serta sahih.
Fungsi & Peranan
Sebagai nadi penggerak aktiviti dan program di Titiwangsa, kami komited memastikan setiap suara rakyat didengari, setiap keperluan dianalisis dan setiap masalah diberikan penyelesaian yang terbaik.
Misi kami untuk menjadikan Titiwangsa sebuah kawasan yang maju
Datuk Seri Johari Abdul Ghani
Ahli Parlimen Titiwangsa
