Waktu Operasi : Isnin - Jumaat | 9.00am - 5.30pm

Berita

Home > Berita

Sektor agrikomoditi dijangka cecah RM80 bilion tahun lalu – Johari

PUTRAJAYA – Sektor agrikomoditi negara dijangka menyumbang sekitar RM80 bilion tahun lalu atau lima peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) biarpun berdepan cabaran global.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, nilai eksport bagi sektor itu pula dijangka mencecah RM155 bilion atau 11 peratus daripada keseluruhan pendapatan eksport negara.

Beliau berkata, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) juga telah mengunjurkan pertumbuhan global berkembang sebanyak tiga peratus pada tahun 2023 dan 2.9 peratus 2024 susulan pemulihan global pasca pandemik, ketegangan geopolitik dan kenaikan kadar faedah oleh beberapa negara.

“Selain itu, laporan IMF juga menyebut pertumbuhan KDNK dalam kalangan ekonomi negara maju pula dijangka menyederhana pada kadar 1.5 peratus pada tahun dan 1.4 peratus pada tahun ini berikutan aktiviti pembuatan yang perlahan walaupun sektor perkhidmatan mengukuh.

“Sementara itu, perdagangan dunia dijangka terus menyederhana kepada 0.9 peratus pada tahun lalu dan 3.5 peratus pada tahun ini yang menggambarkan permintaan global yang lebih rendah dan peralihan ke arah perkhidmatan domestik,” katanya ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perladangan dan Komoditi di sini hari ini.

Pada masa sama, Johari memaklumkan sektor agrokomoditi negara juga berdepan cabaran domestik apabila ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus pada tahun 2024 berbanding 4.0 peratus yang disasarkan tahun lalu. – KOSMO! ONLINE

Sumber : KOSMO

Previous Kompaun RM30,000 ejen tipu pekerja asing – Johari

Johari Ghani © 2023. Hakcipta Terpelihara.