Waktu Operasi : Isnin - Jumaat | 9.00am - 5.30pm

Pencapaian Titiwangsa

Pencapaian dan Aktiviti 2013-2018

The news about recent activities for needed peoples employment issue all opportunities are position.

Bantuan Khidmat Kemasyarakatan, Sokongan, Isu-Isu Setempat dan Aduan Awam, Jumlah Kes direkodkan sebanyak 12,756 kes dikategorikan seperti berikut:-

DBKL – Pengurusan aduan dan sokongan kepada Pejabat Datuk Bandar, Jabatan Perumahan, Jabatan Kerja Awam, Penjaja & Peniaga Kecil, Direktorat, Perancang Bandar,  DBKL Kawasan Titiwangsa dan Jabatan Pembangunan Komuniti.

Pendidikan – Sokongan kepada Jabatan Pendidikan WPKL, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, PTPTN, MQA, MARA, IPTA, IPTS,  Baitulmal, Yayasan Wilayah Persekutuan dan Yayasan Pendidikan Selangor.

Kebajikan – Sokongan mendapatkan bantuan JKM, Baitulmal, Pembangunan Wanita Dan Keluarga, Skim Prihatin YWP.

Keselamatan – Sokongan dan Aduan kepada KDN, IPK KL, IPD Wangsa Maju, IPD Dang Wangi, IPD Sentul, Imigesen, JPN, Jabatan Penjara, RELA, Pertahanan Awam

Kesihatan –  Sokongan dan Aduan Kementerian Kesihatan, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang, Hospital Putrajaya, Institu Kanser Negara, Klinik Kg. Pandan, Klinik Rehablitasi Cheras, HUKM, PPUM dan Institut Jantung Negara.

Perjuangan Ahli Parlimen Titiwangsa dalam usaha menambah baik kehidupan masyarakat bandar, usul dan cadangan ini telah dikemukakan di Parlimen, Mesyuarat Perwakilan UMNO Titiwangsa dan Aduan terus kepada Agensi Kerajaan yang berkaitan.

Banteras Pusat Judi Internet – Usaha menutup 27 pusat internet di kawasan Parlimen Titiwangsa 15 daripadanya di kawasan Kg. Pandan. Inisiatif ini berjalan lebih setahun walaupun pusat-pusat telah di sita, pengusaha-pengusaha ini membuka kembali pusat perjudian sehingga penutupan keseluruhan pusat judi internet di Titiwangsa.

Isu Perumahan – Kes yang tertinggi direkodkan di Pusat khidmat Masyarakat adalah isu perumahan. Beliau mengemukakan usul di Parlimen agar semua tapak perumahan awam DBKL digazetkan untuk pembangunan PPR dan tanah setinggan di Kuala Lumpur untuk  pembangunan kos rendah dan sederhana.

Pembangunan Semula Kg. Baru – mengemukakan usul agar hak pemilik tanah Kg. Bharu dilindungi dan setiap pembangunan yang hendak dilaksanakan perlu mengambil kira kepentingan penduduk dan ahli waris. Pembangunan terancang disarankan agar nilai hartanah di Kg. Bharu mempunyai nilai yang tinggi.

Setiap tahun beliau menyalurkan bantuan kepada keluarga yang kurang berkemampuan yang tinggal dalam kawasan Parlimen Titiwangsa, seramai 14,467 penerima bantuan direkodkan dalam kategori berikut:-

Back To School – Bantuan Awal Persekolahan bagi meringkankan beban ibu bapa membeli pakaian, buku-buku dan kelengkapan sekolah.

Bantuan Awal Pelajaran – Bantuan wang pendahuluan pendaftaranpelajar-pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS.

My DJ Laptop – Bantuan kepada pelajar-pelajar IPTA yang kurang berkemampuan untuk membeli komputer bagi kegunaan di pusat pengajian.

Program Bersama PIBG – Bantuan kewangan kepada PIBG bagi melaksanakan Program Tuisyen dan Motivasi untuk Pelajar UPSR, PT3 dan SPM.

Baikpulih Prasarana Sekolah – bantuan baikpulih infrastruktur dan penyelengaraan, bantuan peralatan sekolah, bantuan alat belajar dan peralatan sukan bagi kegunaan pelajar-pelajar.

Bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil yang sudah beroperasi dan baru hendak memulakan perniagaan didalam kawasan Titiwangsa. Bantuan ini berbentuk sokongan mendapatkan kemudahan pinjaman, bantuan peralatan dan barang-barang. Direkodkan dan dikategorikan seperti berikut :

Sokongan Bantuan Pinjaman / Geran  – Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar, Mara, Baitulmal, BSN dan Lain-Lain Institusi Kewangan dan Program.

Program 1 Azam – Program dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dalam bentuk peralatan permulaan perniagaan.

Bantuan Stall / Kiosk – Bantuan Gerai Penjaja, Burger, S/S Cabinet

Bantuan Peralatan – Bantuan Peti Ais, Mesin Jahit, Oven, Peralatan Car Wash, Ice Blended, Dapur, Tray Hidangan, Peralatan Katering, Kerusi Refleksologi dan pelbagai perkakas sokongan perniagaan.

Inisiatif ini dikhaskan kepada keluarga yang hidup dalam keadaan daif, warga emas dan serba kekurangan. Bagi membantu mereka hidup dalam suasana yang lebih selesa dan harmoni. Pada masa yang sama bangunan-bangunan pangsapuri yang sudah lama tidak terurus dicat semula bagi mengindahkan kembali kawasan perumahan dan memberi nilai tambah kepada hartanah setempat dilaksanakan mengikut kategori berikut:

Program Baik Pulih Rumah Uzur – Rumah-rumah yang dikategorikan uzur dan tidak sesuai didiami kerana atap bocor, berdindingkan kain, reput kerana anai-anai dan dilanda ribut. Bantuan mengubah rumah-rumah diberikan bagi membaik pulih rumah-rumah ini.

Program Touch Point – program gotong royong membaiki rumah untuk kerja-kerja mengecat, baik pulih dapur, baik pulih pintu dan perabot, lantai dan memperbaiki bumbung dan dinding.

Program Mengecat – program mengecat blok-blok bangunan Rumah Pangsa  disekitar Parlimen Titiwangsa.

Bantuan kepada Persatuan Penduduk, Masjid & Surau, Rumah Ibadat, NGO dan Kemudahan Awam bagi kegunaan masyarakat. Sebanyak 384 pembangunan telah dilaksanakan dan 121 bantuan peralatan telah diberi mengikut kategori berikut:-

Baik Pulih Infrastruktur Awam – Baik pulih Jalan, Longkang, Pagar dan Sistem Bekalan Air

Pembangunan Infrastruktur Awam – Parkir Motorsikal Dwi Guna, Bumbung Terbuka & Pentas, Wakaf / Hentian Bus, Pusat Rekreasi, Pejabat Rukun Tetangga dan Kabin Pejabat NGO.

Baik Pulih Bangunan –  Dewan, Tadika, Pejabat NGO, Turap Kawasan Parkir dan Baik Pulih Kabin

Pembangunan Dan Baik Pulih Infrastruktur Sukan & Rekreasi – Gelangang Futsal, Taman Permainan Kanak-Kanak, Gelangang Badminton, Sepak Takraw dan Bola Tampar .

Bantuan Peralatan – Peralatan memasak untuk kenduri kampung, Alat Penghawa Dingin, Kerusi dan Meja Plastik, Meja dan Peralatan Pejabat, Komputer dan Mesin Cetak.

Bantuan Baik Pulih dan Pembangunan Semula Masjid & Surau – Pembangunan Masjid Nurul Islam, Masjid Ar-Rahimah, Baik Pulih Masjid dan Surau, Pembangunan Semula Surau Taman Maluri dan Surau PPR Cochrane Perkasa

Bantuan Baik Pulih Rumah Ibadat – Bantuan kepada Gudwara Sahib dan Kuil di Kg Pandan

ri)

Bantuan kepada individu dan keluarga yang kurang berkemampuan yang tinggal dalam kawasan Parlimen Titiwangsa 11,217 penerima bantuan dan 2,317 Program direkodkan dikategorikan seperti berikut:-

Bantuan Barang-Barang Dapur – DJ Prihatin, My Kasih

Bantuan Hari Perayaan – Ihya Ramadhan, Sumbangan Tahun Baru Cina, Sumbangan Deepavali, Sumbangan Hari Natal.

Bantuan Peralatan Perubatan – Kerusi Roda, Cermin Mata, Katil Hospital, Kaki Palsu, Alat Pendengaran, Lampin Pakai Buang dan Lensa Katarak

Bantuan Khairat – Sumbangan Van Jenazah, Khatan Perdana, Lembu Korban

Program Komuniti – Program Persatuan Penduduk, NGO-NGO Dalam Kawasan Titiwangsa, Old Boyz Jalan Orkid, Program Persatuan Pembangunan Akhlak Masyarakat India, COPS – Community Policing, Komuniti 1 Malaysia, UiTM, UTM Semarak, UKM dan MPP Titiwangsa

Program Belia – Program Sukarelawan Warga Titiwangsa (SWAT), Belia 4B, MBM Titiwangsa, MAYC Titiwangsa, Titiwangsa FC, NRC11 dan Kelab Belia Amal Titiwangsa.

Program UMNO & BN – Sentuhan Rakyat, Wanita Prihatin, Puteri Prihatin, Jom Pegi Pasar, Hari Keluarga, Ziarah Kasih, Jalinan Rakyat, Sahabat Seperjuangan Titiwangsa, Veteran UMNO Titiwangsa

Pencapaian dan Aktiviti 2013-2018

The news about recent activities for needed peoples employment issue all opportunities are position.

Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Titiwangsa

City employment issue opportunities are position descriptions are listed.

Read More

Inisiatif Ekonomi Penjaja & Peniaga Kecil

City employment issue opportunities are position descriptions are listed.

Read More

Inisiatif Pendidikan & Pelajaran

City employment issue opportunities are position descriptions are listed.

Read More

Suara Ahli Parlimen Titiwangsa

City employment issue opportunities are position descriptions are listed.

Read More

Inisiatif Transformasi Warga Bandar

City employment issue opportunities are position descriptions are listed.

Read More

Inisiatif Pembangunan Infrastrutur & Peralatan

City employment issue opportunities are position descriptions are listed.

Read More

Program-program Kemasyarakatan, Bantuan dan Sumbangan

City employment issue opportunities are position descriptions are listed.

Read More

Terus Berkhidmat
Demi Rakyat

"Anda perlu tanamkan sifat kesungguhan kerana anda akan gagal
jika hanya sambil lewa dalam melakukan sesuatu perkara,"

Johari Ghani © 2023. Hakcipta Terpelihara.