4 surau baru tahun 2018-2021. Turut dibina ruangan kedai-kedai sewa, bilik-bilik sewa, dewan dan bilik pernikahan berserta dekorasi pelamin.
Surau ini merupakan sebuah tanah baru yang dibeli khas oleh datuk Jo bagi membina sebuah surau baru bagi penduduk flat PPT Cochrane Perkasa. Turut dibina dewan terbuka di dalam perkarangan surau bagi kegunaan penduduk kawasan melangsungkan perkahwinan ataupun sebarang aktiviti-aktiviti lain untuk manfaat penduduk flat PPR Cochrane Perkasa.
Surau Taman Maluri dinaik taraf menjadi lebih besar. Ia turut dibina dengan 7 buah kedai sewa milik surau bertujuan supaya surau dapat menyewakan dan dengan itu mempunyai dana sendiri bagi menguruskan hal-hal pentadbiran surau, membuat kursus-kursus agama ataupun aktiviti-aktiviti kemsyarakatan bagi penduduk surau Taman Maluri ini.
Selain mempunyai ruangan solat dan bilik pengurusan jenazah, Madrasatul Khairat Desa pandan ini turut dilengkapi bersama bilik mesyuarat, bili seminar dan bilik pernikahan yang telah disiapkan bersama pelamin bagi kemudahan penduduk-penduduk Desa pandan serta kawasan sekitar Parlimen Titiwangsa.
Ini sedikit sebanyak dapat membantu menjimatkan kos perkahwinan anak-anak muda Desa Pandan dan mempermudahkan urusan dalam melangsungkan perkahwinan mereka.
Disamping mempunyai dewan makan, Madrasatul kiramah juga dilengkapkan dengan 6 buah bilik sewa serta 3 buah ruangan kedai sewa milik surau.
Bilik sewa dan kedai sewa ini dibuat bagi tujuan surau dapat mempunyai dana sendiri bagi menguruskan hal-hal pentadbiran surau, membuat kursus-kursus agama ataupun aktiviti-aktiviti kemsyarakatan bagi mengimarahkan lagi Madrasatul Kiramah ini.
Masjid Nurul Islam yang dahulunya dikenali sebagai Surau Nurul Islam telah dibina tahun 1977. Pemasyuran Surau Nurul Islam kepada Masjid Nurul Islam telah dilaksanakan pada tahun 2019 setelah komplek utama masjid siap dibina oleh pihak JAWI.
Memandangkan lokasi Masjid ini terletak bersebelahan lebuhraya MRR2, ia memberi kemudahan kepada pengguna lalu lintas yang melalui lebuhraya MRR2 untuk berhenti melakukan solat fardu.
Ketika ini, Masjid Nurul Islam hanya mampu menampung seramai 600-800 jemaah pada suatu masa terutama ketika solat Jumaat. Oleh kerana permintaan jemaah yang semakin meningkat, pihak Jawatankuasa Masjid Nurul Islam telah melaksanakan projek pembesaran ruang masjid dan Datuk Seri Johari Ghani, diantara individu yang menyumbangkan sebahagian besar daripada kos projek pembesaran ini. Alhamdulillah.