Waktu Operasi : Isnin - Jumaat | 9.00am - 5.30pm

Bantuan Pendidikan

500 laptop kepada pelajar universiti dan kolej. 200 pelajar PT3 dan SPM diberikan bantuan kewangan. 400 murid sekolah rendag mendapat bantuan persiapan persekolahan. Tuisyen SPM percuma disediakan bagi 4 subjek wajib SPM.

1. Bantuan Sekolah Rendah

Bagi murid-murid sekolah rendah yang tinggal di parlimen Titiwangsa, seramai 400 anak-anak menerima bantuan persekolahan berbentuk sumbangan wang, peralatan sekolah seta khidmat gunting rambut percuma bagi persiapan kembali ke sekolah rendah pada tahun baru.

2. Bantuan Sekolah Menengah

Pelajar-pelajar sekolah menengah yang menduduki peperiksaan PT3 dan SPM pula diberi bantuan kewangan kepada 200 buah keluarga. Ini bagi meringankan beban keluarga-keluarga pelajar ini dan dapat menambah fokus kepada pelajar-pelajar tersebut dalam persediaan menghadapi peperiksaan.

3. Bantuan Tuisyen SPM Percuma

AJK penduduk dan Datuk Jo bersama-sama mewujudkkan inisiatif Tuisyen Percuma kepada seluruh pelajar-pelajar SPM yang tinggal di flat PPR Hiliran Ampang.

Subjek wajib SPM yang menjadi fokus adalah subjek BM, BI, Matematik dan Sejarah. Tuisyen ini memastikan tenaga pengajar adalah dari guru-guru yang terbaik serta berpengalaman.

4. Bantuan Laptop Pelajar Universiti dan Kolej: Diploma dan Degree

Apabila pandemik Covid-19 berlaku, banyak pengajian kuliah universiti dan kolej dilakukan dirumah secara online. Kesannya, peratus pelajar dari keluarga berpendapatan rendah tercicir adalah tinggi.

Ini kerana kebanyakan keluarga B40 hanya mampu berbelanja pada barangan dapur sahaja disebabkan sumber kewangan yang terhad di waktu wabak. Jadi misi mencari pelajar dari keluarga berpendapatan rendah di parlimen Titiwangsa dilakukan sewaktu Covid-19 dan lebih dari 500 keluarga dikenal pasti bagi diberikan bantuan laptop kepada mahasiswa dan mahasiswi ini.

Johari Ghani © 2023. Hakcipta Terpelihara.