Sebanyak 50,000 bantuan COVID-19 #TerusBerbakti berbentuk barangan basah dan barangan kering kepada golongan berpendapatan rendah di 30 kawasan penempatan dalam Parlimen Titiwangsa sejak bermula PKP 1.0 sehingga ke hari ini.
Sewaktu PKP 1.0 ramai yang kehilangan sumber pendapatan kerana telah dibuang kerja dan pemotongan gaji kerana kesan daripada wabak COVID-19 yang melanda negara kita.
Oleh yang demikian, Bantuan COVID-19 Siri Pertama bertumpu pada barangan basah seperti ayam, ikan dan udang kepada 8,000 buah keluarga berpendapatan rendah di parlimen Titiwangsa.
Ini bertujuan bagi memastikan tiada masyarakat yang terkesan kelaparan sewaktu negara menghadapi krisis wabak COVID-19.
Bantuan Covid-19 Siri Kedua pula telah ditingkatkan kepada 9,000 buah keluarga dari golongan keluarga susah di Parlimen Titiwangsa.
Bantuan Covid Siri Ketiga dan Keempat telah dilaksanakan sehingga Ramadhan 2021. Kini sedang berjalan untuk Siri Kelima dan sasaran penerima diluaskan kepada lebih daripada 15,000 buah keluarga di parlimen Titiwangsa.
Lebih dari 12 barangan kering diberikan pada Siri Kedua sehingga Siri Kelima ini seperti bantuan barangan asas seperti beras, bihun, mi segera, tepung gandum, minyak, gula, kicap, sos cili, teh, milo, susu manis dan lain-lain.
Jumlah bantuan barangan dapur kini hampir mencecah 50,000 bantuan barangan dapur yang dibuat secara terus menerus sejak dari PKP 1.0 sehingga kini bertujuan membantu mengurangkan tekanan kewangan, lebih-lebih lagi masyarakat golongan B40 dan M40 mereka yang mempunyai tanggungan yang ramai.