Waktu Operasi : Isnin - Jumaat | 9.00am - 5.30pm

Bantuan Anak Muda

Pelbagai Program Anak Muda telah dilaksanakan terdiri dari program sumbangan, program dialog ilmuan, program sukan dan program pemudah cara dianjurkan untuk golongan muda Titiwangsa. Diantaranya:

1. Program Asas Ilmu Perniagaan

Melalui pengalaman selama 25 tahun dalam bidang perniagaan sebelum memasuki dunia politik, Datuk Jo turut menyumbang dalam membangunkan usahawan muda Parlimen Titiwangsa yang terlibat di dalam perniagaan kecil dan sederhana (PKS).

Ini dilakukan dengan memberi perkongsian tentang asas-asas ilmu perniagaan kepada 200 usahawan muda dan perkongsian pengalaman korporat supaya mereka dapat membangunkan perniagaan mereka dengan lebih baik.

2. Bantuan Lesen Motor Percuma

Program ini melibatkan seramai 500 anak muda didalam Parlimen Titiwangsa yang tiada lesen motor sebelumnya. Ada diantara mereka berhasrat untuk membantu keluarga mereka dengan menambah pendapatan sampingan demi keluarga.

Dengan mempunyai lesen yang sah ini, secara tidak langsung dapat menyelamatkan mereka dalam tuntutan insuran sekiranya berlakunya kemalangan.

3. Program Sukan Belia

Anak muda dan sukan tentu tidak dapat lari dari kehidupan mereka. Otak yang cerdas datang dari badan yang sihat. Oleh itu, aktiviti bola sepak dan futsal di Parlimen Titiwangsa telah diadakan.

Tujuan utama adalah bagi merapatkan ukhwah anak-anak muda dan ini secara tidak langsung dapat membuatkan mereka lebih mengenali dan prihatin terhadap belia sesama mereka dan mengenali lebih dekat Ahli Parlimen Titiwangsa, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

4. Program Riadah

Didalam menggalakkan golongan muda untuk memenuhi masa lapang mereka dengan hobi kegemaran mereka, pelbagai aktiviti riadah dianjurkan melibatkan mereka dan keluarga.

Diantaranya permainan Tamiya dan BeyBlade di antara kecenderungan hobi yang kini menjadi pilihan golongan muda ini.

Piala Johari Ghani – Pertandingan Tamiya dan BeyBlade di anjurkan oleh Yayasan Bena Nusa di Keramat Mall pada November 2021 lalu telah mendapat sambutan luar jangkaan.

5. Back To School

Program sumbangan yang sering diadakan pada setiap awal tahun didalam membantu meringankan beban keluarga golongan B40 dan M40 membuat persiapan persekolahan anak-anak.

Lebih daripada 1000 para pelajar sekolah rendah dan menengah daripada Kampung Pandan, Kampung Datuk Keramat dan Kampung Bharu serta PPR menerima sumbangan berupa wang tunai dan barangan kelengkapan sekolah.

6. Sumbangan Pelajaran IPTA & IPTS

Didalam menyokong pembelajaran para pelajar IPTA dan IPTS yang akan dan sedang belajar, Program Sumbangan Pembelajaran ini merupakan program sumbangan yang berterusan initiatif daripada YB Ahli Parlimen Titiwangsa yang dikelolakan oleh Pejabat Ahli Parlimen Titiwangsa. 

Setiap 3 bulan YB Datuk Seri Johari Ghani menyampaikan sumbangan RM1000 kepada 100 hingga ke 150 pelajar IPTA dan IPTS didalam membantu keluarga para pelajar didalam kos perbelanjaan pengajian mereka.

Johari Ghani © 2023. Hakcipta Terpelihara.