Waktu Operasi : Isnin - Jumaat | 9.00am - 5.30pm

Berita

Home > Berita

Malaysia rancang kembang eksport kelapa sawit ke Mesir

KUALA LUMPUR: Kementerian Perladangan dan Komoditi merancang menjadikan Mesir sebagai bahagian penting dalam mengembangkan eksport minyak sawit negara ke benua Afrika menerusi Zon Ekonomi Terusan Suez.

Menterinya, Johari Ghani berkata, kerjasama ekonomi dalam sektor sawit antara Malaysia dan Mesir telah dibincangkan dalam pertemuan beliau dengan Duta Mesir di Malaysia, Ragai Tawfik Nasir, di pejabatnya pada Isnin.

“Mesir merupakan negara yang strategik bagi industri sawit kita kerana hampir 90% eksport Malaysia ke Mesir ialah sawit.

“Mesir mempunyai populasi bilangan penduduk seramai lebih 110 juta orang,” katanya di X semalam.

Beliau berkata, kedua-dua pihak juga sedang mengkaji perkongsian bagi strategi pemasaran produk sawit dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan kerjasama peserta swasta di kedua-dua negara.

Di samping Malaysia mempunyai kekuatan eksport sawit ke negara itu, Mesir juga mempunyai potensi kedudukan geografi strategik iaitu menjadi pintu masuk menghubungkan negara-negara Afrika Utara, katanya.

Sumber : FMT

Previous Johari Ghani: Felda must ensure oil palm industry does not share the fate of rubber

Johari Ghani © 2023. Hakcipta Terpelihara.