KUALA LUMPUR, 4 Feb (Bernama) — Kerajaan, enerusi Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK), komited memastikan setiap adang sawit mempunyai tenaga kerja yang mencukupi supaya pengeluaran konsisten dan idak terjejas.
Menterinya, Datuk SeriJohari Abdul Ghani erkata kekurangan pekerja boleh menyebabkan buah sawit yang telah masak idak dapat dituai, sekali gus menjejaskan engeluaran
Bagi pekebun kecil, kerajaan akan memastikan mereka menggunakan bahan penanaman yang aik, (mengamalkan) amalan pertanian yang aik supaya hasil meningkat dan kos engeluaran dapat dikurangkan selain dapat ebih banyak permintaan,” katanya pada sesi oal jawab di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan Edwin anak Banta (GPS-Selangau) mengenai langkah kementerian menangani penurunan harga elapa sawit termasuk strategi untuk menstabilkan harga, meningkatkan permintaan dan mencari pasaran baharu
ohari turut menegaskan harga komoditi tidak oleh ditetapkan oleh mana-mana pihak keran a bergantung pada faktor penawaran dan permintaan.
Katanya faktor ini sangat penting untuk memastikan pengeluaran meningkat dan kos menurun apabila buah yang dihasilkan bernilai inggi.
Menjawab soalan Bakri Jamaluddin (PN-Tangga Batu) mengenai keberkesanan Institut Perladangan dan Komoditi Malaysia (IMPAC) serta Konsortium Penyelidikan Mekanisasi dan Automasi Sawit (MARCOP) dalam
mengurangkan kebergantungan pada pekerja asing, Johari berkata mekanisasi diperkenalkan sebagai penyelesaian kerana sektor ini masih kurang diminati oleh tenaga kerja tempatan,
“Oleh kerana kerja-kerja ini masih tidak diminati oleh tenaga kerja tempatan, mekanisasi diperkenalkan sebagai penyelesaian. Kini, dengan penggunaan teknologi, kebergantungan pada tenaga buruh semakin berkurangan tetapi masih belum mencukupi,” katanya,
Beliau berkata banyak inovasi telah diperkenalkan dalam sektor perladangan tetapi ada yang tidak praktikal untuk pelaksanaan berskala besar.
Selain mekanisasi, beliau menekankan kepentingan kadar penanaman semula dalam memastikan produktiviti ladang yang berterusan.
“Jika kita ingin meningkatkan hasil, kita mesti mencapai kadar penanaman semula sekurang- kurangnya empat peratus
“Ketika ini, kadar tersebut hanya sekitar dua hingga tiga peratus, menunjukkan banyak pokok sawit yang sudah tua,” katanya.
SUMBER: BernamaBiz

