KUALA LUMPUR: Malaysia mampu menjana 2,800 megawatt (MV) sumber tenaga boleh baharu hasil daripada sisa buangan kelapa sawit dalam tempoh setahun.
Menteri Perladangan dan Komoditi , Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata ketika ini hanya 20 peratus daripada 446 kilang memproses kelapa sawit yang turut memproses sisa demikian bagi menjana tenaga.

“Bila kita kenakan cukai yang lebih tinggi ke atas eksport MSM, ialah sebenarnya kita nak galakkan lebih hiliran, lebih banyak nilai tambah produk dibuat di negara daripada kita eksport MSM, kita nak minyak sawit tempatan diproses. Sebab kita tidak buka lagi kawasan baru. Kita mempunyai 5.7 juta hektar, jadi itu sahaja.”katanya.
Sementara itu, pihak Kementerian akan meneliti maklum balas daripada sektor industri susulan langkah mewajibkan semua pekerja asing mencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Dalam lampiran Belanjawan 2025 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan, kerajaan bercadang menaikkan kadar duti eksport maksimum kepada 10 peratus bagi MSM berharga melebihi RM4,050 satu tan berkuat kuasa 1 November 2024.
SUMBER: TV3