Waktu Operasi : Isnin - Jumaat | 9.00am - 5.30pm

Berita

Home > Berita

KPK, salah satu komponen ekonomi negara

KUALA LUMPUR, 21 Dis – Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) merupakan satu daripada komponen dalam sektor ekonomi negara.

Menterinya, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pertanian menyumbang 8 hingga 9 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan sektor perladangan dan komoditi mewakili lebih 50 peratus daripada sumbangan pertanian tersebut.

“Sudah tentu secara tak langsung bagi saya ia merupakan satu kementerian yang terlibat secara khusus juga untuk mengembangkan ekonomi negara khususnya dalam rantaian isu atau perniagaan yang melibatkan perladangan dan komoditi.

Sebagai tokoh korporat, pemimpin UMNO dan bekas Menteri Kewangan, beliau yakin pengalaman dan portfolio tersebut akan digembleng dalam Kementerian Perladangan dan Komoditi yang diterajuinya sekarang.

“Sektor perladangan ini agak konsisten. Cuma kita hendak pastikan bahawa pengeluaran atau pun hasil yang dikeluarkan daripada ladang-ladang ini tidak menurun. Kalau kita lihat negara jiran, 10 tahun lepas mengeluarkan kelapa sawit lebih kurang dalam CPO 26 juta, kita lebih kurang 19 juta tetapi 10 tahun, kita keluarkan 18 juta, tapi mereka 45 juta. Kenapa mereka lebih, kita kurang? Inilah perkara-perkara yang kita hendak lihat”, katanya.

Datuk Seri Johari ditemui selepas menjadi tetamu Program Naratif Khas di Angkasapuri. – Berita RTM

Sumber : MEDIA PERPADUAN

Previous Govt considers legal action against several banks abroad in relation to 1MDB scandal, says Johari

Johari Ghani © 2023. Hakcipta Terpelihara.