“Baru selesai meninjau lokasi kebakaran di Lorong Raja Muda Musa 4, Kampung Bharu. Alhamdulillah saya sempat menyampaikan sumbangan kepada ketua keluarga yang terbabit.
“Semoga ia dapat meringankan beban dan saya berharap keadaan akan kembali pulih semula bagi semua yang berkenaan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook selepas tinjauan peribadi itu.
Terdahulu, tiga kediaman menempatkan 12 penghuni itu musnah dalam kebakaran kira-kira jam 9.30 pagi. Mereka bernasib baik sempat keluar menyelamatkan diri sejurus menyedari kebakaran merebak.
Komander Operasi, Mohamad Riduan Akhyar, berkata Pusat Gerakan Operasi (PGO) Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kebakaran pada jam 9.39 pagi sebelum bergegas ke lokasi.
“Pasukan bomba tiba pada jam 9.50 pagi dan mendapati tiga rumah separa kekal seluas kira-kira 40 x 70 kaki persegi terlibat dalam kebakaran,”
“Kebakaran menyebabkan dua unit kediaman musnah sepenuhnya, manakala satu lagi musnah sebanyak 40 peratus, selain turut memusnahkan tiga motosikal,” katanya.
Beliau berkata, kebakaran berjaya dikawal pada jam 10.13 pagi dan Unit Forensik Bomba masih menyiasat punca kebakaran dan jumlah kerugian.
SUMBER: Berita Harian

