Waktu Operasi : Isnin - Jumaat | 9.00am - 5.30pm

Berita

Home > Berita

Industri Sawit: Sambut Baik Perbincangan Bersama Gabenor Bengkulu, Bakal Aju Kepada Pemain Industri – Johari

KUALA LUMPUR, 31 Jan – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani menyambut baik perbincangan bersama Gabenor Bengkulu, Prof Dr Rohidin Mersyah mengenai kolaborasi industri sawit dengan Malaysia dan bakal mengajukannya kepada para pemain.

Menerusi hantaran di laman Facebooknya, beliau telah menerima kunjungan hormat daripada Rohidin bersama delegasinya dan berkongsi mengenai kawasan Bengkulu yang mempunyai ladang kelapa sawit seluas 500,000 hektar.

“Saya telah menerima kunjungan hormat dari Gabenor Bengkulu, Indonesia Profesor Dr Rohidin Mersyah.

“Beliau bersama delegasinya hadir untuk berkongsi mengenai kawasan Bengkulu yang mempunyai ladang kelapa sawit seluas 500,000 hektar. Akan tetapi, kawasan tersebut masih belum lagi mempunyai kilang penapisan (refinery) minyak sawit,” katanya.

Menurutnya, delegasi yang hadir telah membincangkan bagaimana Kementeri Perladangan dan Komoditi dapat menghubungkan syarikat-syarikat industri sawit di Malaysia untuk membina kilang penapisan minyak sawit.

“Oleh yang demikian, delegasi berbincang bagaimana boleh Kementerian Perladangan dan Komoditi dapat membantu menghubungkan syarikat-syarikat Malaysia industri sawit untuk berkolaborasi bersama mereka bagi membina kilang penapisan minyak sawit untuk memproses sebahagian daripada pengeluaran minyak sawit mentah di Bengkulu, Indonesia.

“Saya menyambut baik perbincangan bersama Gabenor Bengkulu dan akan mengajukan kepada pemain-pemain industri sawit Malaysia yang berminat untuk membuat usaha sama serta kolaborasi di Bengkulu, Indonesia yang mempunyai potensi baik bagi mengolah aktiviti sektor pertengahan (midstream) serta hiliran (downstream) di sana.

“Dengan aktiviti ‘midstream’ serta ‘downstream’ sawit ini, ianya dapat menghasilkan pelbagai produk-produk yang berasaskan sawit untuk di pasarkan,” katanya lagi.

Terdahulu, beliau turut menerima kunjungan daripada Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri Sabah (MIDE) bagi membincangkan usaha-usaha dalam membantuk industri sawit di Lahad Datu, Sabah.

Tegasnya, Kementerian Perladangan dan Komoditi akan sentiasa memberikan sokongan kepada kerajaan Negeri Sabah untuk membangun industri ‘downstream’ ini di samping membuat kerjasama lebih erat bersama mereka untuk merealisasikannya. – UMNO Online

Sumber : UMNO ONLINE

Previous Johari Ghani: Outlook for palm oil market in 2024 remains optimistic

Johari Ghani © 2023. Hakcipta Terpelihara.