KUALA LUMPUR: Nilai eksport sayur-sayuran dalam negara mencatat pengeluaran rendah berbanding import.
Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, buat masa ini Malaysia mengimport RM6.3 bilion bekalan sayur berbanding RM1.27 bilion bagi jumlah eksport. Jelasnya, penelitian khusus dan kaedah efektif perlu difikirkan bagi merancakkan lagi sektor berkenaan.“Negara kita mengimport sebanyak RM6.3 bilion bekalan sayur dan ada sebahagian daripada sayuran itu dihasilkan lebih, yang dieksport sebanyak RM1.27 bilion jadi penghasilan kita lebih kurang RM3.64 bilion.
“Proses pengedaran itu penting, kerana kita boleh menghasilkan sayuran, namun cara untuk mengedar juga amat penting dan juga diingatkan ia perlu mengikut harga pasaran semasa,” katanya.Beliau terdahulu merasmikan pusat pemborong sayuran Cameron Harvest KL dari Cameron Highlands Pahang di sini hari ini.Turut hadir Penasihat Cameron Harvest KL Datuk Azizulrahman Mohd Hussain Malim.Beliau yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata langkah berkenaan juga mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan muda.
Source : BULETIN TV3

