Waktu Operasi : Isnin - Jumaat | 9.00am - 5.30pm

Berita

Home > Berita

Eksport agrikomoditi diunjur capai RM155b di sebalik cabaran global – Johari

PUTRAJAYA – Sektor agrikomoditi dijangka menyumbang sebanyak RM80 bilion atau sekitar lima peratus kepada Keluaran Dalam Negera Kasar dan mencapai nilai eksport sebanyak RM155 bilion atau 11 peratus daripada keseluruhan pendapatan eksport negara.

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, pencapaian membanggakan itu diraih walaupun berdepan cabaran di peringkat global seperti laporan World Economic Outlook oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Beliau berkata, IMF telah mengunjurkan perrtumbuhan global diunjur berkembang sebanyak tiga peratus pada tahun 2023 dan 2.9 peratus 2024 berikutan pemulihan global pasca pandemik yang perlahan, ketegangan geopolitik yang berpanjangan dan kenaikan kadar faedah oleh beberapa negara dalam mengurus inflasi.

“Selain itu, laporan IMF juga menyebut pertumbuhan KDNK dalam kalangan ekonomi maju dijangka akan menyederhana pada kadar 1.5 peratus pada tahun dan 1.4 peratus pada tahun ini berikutan aktiviti pembuatan yang perlahan walaupun sektor perkhidmatan mengukuh.

“Perdagangan dunia dijangka terus menyederhana kepada 0.9 peratus pada tahun lalu dan 3.5 peratus pada tahun ini yang menggambarkan permintaan global yang lebih rendah dan peralihan ke arah perkhidmatan domestik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Perladangan dan Komoditi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Johari memberitahu, sektor agrokomoditi negara juga berdepan cabaran domestik apabila ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus pada tahun 2024 berbanding 4.0 peratus yang disasarkan pada tahun lalu.

Beliau berharap perkembangan ekonomi dunia dan domestik akan terus stabil dan berpihak kepada kementerian selain isu kekurangan pekerja dan keluasan tanah pekebun kecil.

Jelasnya, ia tidak memadai untuk mencapai pengeluaran berskala besar, modal untuk penanaman semula, non-tariff barrier (NTB) dan lain-lain.

“Justeru KPK perlu lebih proaktif dalam membantu pembangunan sektor agrikomoditi negara melalui ‘look at the bigger picture’ dan betul-betul faham bagaimana sektor agrikomoditi mempengaruhi dan memberi impak kepada pembangunan sosioekonomi negara.

“Amalan konsep ‘think outside the box’ dalam pelaksanaan tugas semasa perlu dilakukan agar sektor agrikomoditi kekal relevan pada masa hadapan melalui penjanaan idea kreatif dan pandangan dari perspektif baharu,” katanya. – MalaysiaGazette

Sumber : MALAYSIA GAZETTE

Previous Sektor agrikomoditi dijangka cecah RM80 bilion tahun lalu – Johari

Johari Ghani © 2023. Hakcipta Terpelihara.