
YB Datuk Seri Johari Bin
Abdul Ghani
PERMULAAN
YB Datuk Seri Johari bin Abdul Ghani merupakan anak jati Kuala Lumpur. Lahir dan dibesarkan di Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Mendapat Pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Pandan atau kini dikenali sebagai SK Tun Hussein Onn, sebelum menyambung pelajaran peringkat menengah di SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.
LATAR BELAKANG AKADEMIK
Beliau meneruskan pengajian peringkat Diploma dalam jurusan Perakaunan di Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam dari tahun 1982 hingga 1985. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam jurusan yang sama di United Kingdom dan berjaya memperoleh kelulusan ‘Chartered Association of Certified Accountants’ pada tahun 1988 dan ditauliahkan sebagai ’Fellowship of the Chartered Association of Certified Accountants’ pada tahun 1993.
KERJAYA PROFESIONAL DAN KORPORAT
YB Datuk Seri Johari memulakan kerjayanya disebuah firma perakaunan antarabangsa, Peat Marwick & Co. (kini dikenali sebagai KPMG) sebagai seorang juru audit. Perjalanan karier beliau diteruskan lagi dengan memegang beberapa jawatan penting di beberapa syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Kini beliau merupakan Pengerusi dan pemegang saham terbesar di dua buah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia iaitu C.I Holdings Berhad dan KUB Malaysia Berhad. Beliau juga merupakan pemegang saham utama bagi syarikat Media Prima Berhad dan Central Cables Berhad.
YB Datuk Seri Johari juga lebih dikenali di kalangan ahli perniagaan sebagai strategis pemulih korporat berikutan kejayaan memulihkan beberapa syarikat berprofil tinggi yang sebelumnya mencatatkan kerugian besar. Antara kejayaan paling besar ialah memajukan QSR Brands Berhad, KFC Holdings Berhad, dan Ayamas Food Berhad sebelum beliau melupuskan pegangannya dalam syarikat-syarikat berkenaan pada 2005. Beliau kemudian mengambil alih Pemanis Sdn. Bhd. (pembotol eksklusif produk PepsiCo) dan menerajuinya sebagai Pengarah Urusan Kumpulan antara 2005 hingga 2011.
Pada tahun 2020, KUB Malaysia dan C.I Holdings meraih anugerah daripada Minority Shareholder Watchdog Group (MWSG) di bawah Anugerah Tadbir Urus Korporat ASEAN 2019 (CG 2019).
KUB Malaysia meraih tempat pertama kategori Excellence Award For CG Disclosure (Nilai Pasaran antara RM100 juta dan RM300 juta), manakala C.I Holdings meraih anugerah kategori Excellence Award For Long Term Value Creation. Anugerah-anugerah ini membuktikan kepimpinan beliau dalam urus tadbir korporat serta mewujudkan nilai dalam perniagaan yang diterajuinya.
Syarikat pelaburan persendirian miliknya, JAG Capital Holdings Sdn Bhd pula melabur dalam pelbagai industri pemula, modal teroka dan ekuiti persendirian di antaranya melabur dalam usahawan berpotensi dengan inovasi bernilai komersial kerana beliau berkeyakinan dalam individu berpotensi, idea dan teknologi masa hadapan.
Beliau pernah menyandang pelbagai jawatan dalam agensi dibawah Kementerian Kewangan Malaysia, antaranya; Pengerusi Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Ahli Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad, Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pelaburan Bumiputera serta Ahli Majlis Ekonomi Negara. Beliau juga anggota Majlis Produktiviti Kebangsaan dan Eksport. Datuk Seri Johari juga merupakan anggota Majlis Ekonomi Negara antara 2017 hingga 2018.
Selain bidang korporat, YB Datuk Seri Johari juga bergiat aktif dalam bidang sosial dan kemasyarakatan. Beliau merupakan Pengasas dan Pengerusi Yayasan Bena Nusa, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan untuk membantu mengurangkan kadar kemiskinan bandar serta meningkatkan taraf pendidikan anak-anak dalam golongan miskin bandar.
Pada Pilihanraya Umum Ke-13 (Mei 2013), YB Datuk Seri Johari telah berjaya memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa dan dilantik menjadi Menteri Kewangan Kedua pada tahun 2016 hingga 2018.
Pada Pilihanraya Umum Ke-15 (Nov 2022) tahun lalu, YB Datuk Seri Johari Ghani sekali lagi bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Titiwangsa dengan majoriti 4,632 undi menewaskan calon 3 calon lain daripada Pakatan Harapan (Khalid Abdul Samad), Perikatan Nasional (Dr. Rosni Adam) dan Pejuang (Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan).
Pada 20 March 2023, YB Datuk Seri Johari Ghani telah berjaya memenangi Jawatan Naib Presiden UMNO (penggal 2023-2026) dengan memperolehi 110 undi Bahagian, undian ketiga terbanyak selepas Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Seterusnya pada 28 April 2023, YB Datuk Seri Johari Abdul Ghani telah dilantik sebagai Bendahari Pusat Barisan Nasional (BN) untuk menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Pelantikan berkenaan diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional yang dipengerusikan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Garis masa kehidupan Datuk Seri Johari Bin Abdul Ghani sehingga kini
1964 - 1981
Datuk Seri Johari Abdul Ghani merupakan anak jati Kuala Lumpur, beliau dilahirkan dan dibesarkan di sebuah perkampungan setinggan di Kampung Pandan pada tahun 1964. Mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kebangsaan Kampung Pandan ( kini dikenali sebagai SRK Tun Hussein Onn ) pada tahun 1971 hingga 1976 dan seterusnya melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kampung Pandan, bermula dari tahun 1977 hingga 1981.
1982 - 1993
Selepas itu beliau meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dalam jurusan Perakaunan pada tahun 1982 hingga 1985 di Institut Teknologi MARA (ITM), Shah Alam. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam jurusan yang sama di United Kingdom dan berjaya memperoleh kelulusan 'Chartered Association of Certified Accountants' pada tahun 1988 dan ditauliahkan sebagai 'Fellowship of the Chartered Association of Certified Accountants' pada tahun 1993.
1997
Datuk Seri Johari Abdul Ghani memulakan kerjaya di sebuah firma perakaunan antarabangsa, Peat Marwick % Co. sebagai juruaudit. Beliau melibatkan diri selama 25 tahun dalam dunia korporat dan memegang jawatan Pengarah Urusan di beberapa syarikat yang disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur serta menjadi pemegang saham utama di syarikat-syarikat tersebut. Antara industri yang beliau terlibat adalah kewangan, industri pembuatan & tenaga, makanan segera, F&B dan pertanian.
1998
Datuk Seri Johari Abdul Ghani turut aktif dalam bidang politik sejak tahun 1998. Kini beliau menyandang jawatan Ketua UMNO Bahagian Titiwangsa merangkap Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Titiwangsa. Beliau juga menjawat jawatan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan, Pengerusi Biro Ekonomi UMNO Malaysia dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO dari tahun 2018 sehingga kini.
2010
Prihatin dengan pelbagai isu yang membelenggu masyarakat di Parlimen Titiwangsa, beliau telah mengambil inisiatif menubuhkan Yayasan Bena Nusa melalui Pusat Khidmat Masyarakat Titiwangsa pada Julai 2010 bagi membantu menyelesaikan pelbagai isu dan permasalahan masyarakat tanpa mengira agama, kaum dan perbezaan politik.
2013
Pada Mei 2013 beliau menjadi calon Barisan nasional dan memenangi pilihan raya bagi kerusi Parlimen Titiwangsa pada PRU ke-13. Pada Jun tahun yang sama beliau mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Titiwangsa. Selama 2 tahun beliau menjadi backbencher di Parlimen, pada Julai 2015 beliau dilantik menjadi Timbalan Menteri Kewangan dan 11 bulan selepas itu, beliau dilantik menganggotai Jemaah Menteri sebagai Menteri Kewangan ke-2 sehingga 2018.
2020
Walaupun tidak lagi bergelar wakil rakyat selepas PRU-14, beliau tetap meneruskan kerja-kerja amal dengan membantu masyarakat didalam kawasan Parlimen Titiwangsa dengan Program Sumbangan #TerusBerbakti dikala masyarakat berdepan dengan bencana pendemik COVID-19 sejak tahun 2020 melalui Yayasan Bena Nusa.
2022
Pada 19 Nov 2022, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Titiwangsa daripada Pakatan Harapan dengan majoriti 4,632 undi selepas meraih 25,042 undi pada PRU-15. Ia sekali gus menewaskan pencabarnya, Khalid Abdul Samad dari Pakatan Harapan (PH) yang meraih 20,410 undi, manakala calon Perikatan Nasional (PN), Dr Rosni Adam (14,518) serta Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan (Pejuang) meraih 888 undi.
2023
20 March 2023: YB Datuk Seri Johari Ghani meraih 110 undi daripada 189 Bahagian UMNO yang telah bersidang, undian ketiga terbanyak selepas Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin. Diantara calon lain yang bertanding jawatan Naib Presiden UMNO adalah Datuk Seri Azalina Othman, Datuk Seri Mahdthir Khalid, Datuk Sri Reezal Merican dan Datuk Ir. Hj Hasni Mohammad. Pada 28 April 2023, Barisan Nasional (BN) telah melantik Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani sebagai Bendahari parti itu bagi menggantikan Datuk Seri Hishammuddin Hussein. Pelantikan berkenaan diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi BN yang dipengerusikan, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Sebagai tanda penghargaan atas usaha-usaha beliau dalam bidang kemasyarakatan, sosial politik, korporat dan perniagaan, beliau dikurniakan Darjah Kebesaran Negeri Selangor (D.S.I.S) oleh YAM Sultan Selangor Sultan Sharifuddin Idris Shah yang membawa gelaran Dato’ pada tahun 2003. Seterusnya pada tahun 2005, beliau dianugerahkan Darjah Kebesaran Persekutuan Panglima Jasa Negara (P.J.N) oleh Yang Di-Pertuan Agong XII Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Al-Marhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang membawa gelaran Datuk. Pada 1 Februari 2017 beliau dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (S.M.W) oleh Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V yang membawa gelaran Datuk Seri.
"Anda perlu tanamkan sifat kesungguhan kerana anda akan gagal
jika hanya sambil lewa dalam melakukan sesuatu perkara,"
Inisiatif serta program yang telah dijalankan bermula tahun 2013 sehingga 2018 sepanjang Datuk Seri Johari dilantik menjadi Ahli Parlimen Titiwangsa.
Sesetengah dari inisiatif ini dijalankan secara berterusan sehingga kini walaupun Datuk Seri Johari tidak lagi bergelar Ahli Parlimen Titiwangsa.
Bantuan Khidmat Kemasyarakatan, Sokongan, Isu-Isu Setempat dan Aduan Awam, Jumlah Kes direkodkan sebanyak 12,756 kes dikategorikan seperti berikut:-
DBKL – Pengurusan aduan dan sokongan kepada Pejabat Datuk Bandar, Jabatan Perumahan, Jabatan Kerja Awam, Penjaja & Peniaga Kecil, Direktorat, Perancang Bandar, DBKL Kawasan Titiwangsa dan Jabatan Pembangunan Komuniti.
Pendidikan – Sokongan kepada Jabatan Pendidikan WPKL, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, PTPTN, MQA, MARA, IPTA, IPTS, Baitulmal, Yayasan Wilayah Persekutuan dan Yayasan Pendidikan Selangor.
Kebajikan – Sokongan mendapatkan bantuan JKM, Baitulmal, Pembangunan Wanita Dan Keluarga, Skim Prihatin YWP.
Keselamatan – Sokongan dan Aduan kepada KDN, IPK KL, IPD Wangsa Maju, IPD Dang Wangi, IPD Sentul, Imigesen, JPN, Jabatan Penjara, RELA, Pertahanan Awam
Kesihatan – Sokongan dan Aduan Kementerian Kesihatan, Hospital Kuala Lumpur, Hospital Serdang, Hospital Putrajaya, Institu Kanser Negara, Klinik Kg. Pandan, Klinik Rehablitasi Cheras, HUKM, PPUM dan Institut Jantung Negara.
Perjuangan Ahli Parlimen Titiwangsa dalam usaha menambah baik kehidupan masyarakat bandar, usul dan cadangan ini telah dikemukakan di Parlimen, Mesyuarat Perwakilan UMNO Titiwangsa dan Aduan terus kepada Agensi Kerajaan yang berkaitan.
Banteras Pusat Judi Internet – Usaha menutup 27 pusat internet di kawasan Parlimen Titiwangsa 15 daripadanya di kawasan Kg. Pandan. Inisiatif ini berjalan lebih setahun walaupun pusat-pusat telah di sita, pengusaha-pengusaha ini membuka kembali pusat perjudian sehingga penutupan keseluruhan pusat judi internet di Titiwangsa.
Isu Perumahan – Kes yang tertinggi direkodkan di Pusat khidmat Masyarakat adalah isu perumahan. Beliau mengemukakan usul di Parlimen agar semua tapak perumahan awam DBKL digazetkan untuk pembangunan PPR dan tanah setinggan di Kuala Lumpur untuk pembangunan kos rendah dan sederhana.
Pembangunan Semula Kg. Baru – mengemukakan usul agar hak pemilik tanah Kg. Bharu dilindungi dan setiap pembangunan yang hendak dilaksanakan perlu mengambil kira kepentingan penduduk dan ahli waris. Pembangunan terancang disarankan agar nilai hartanah di Kg. Bharu mempunyai nilai yang tinggi.
Setiap tahun beliau menyalurkan bantuan kepada keluarga yang kurang berkemampuan yang tinggal dalam kawasan Parlimen Titiwangsa, seramai 14,467 penerima bantuan direkodkan dalam kategori berikut:-
Back To School – Bantuan Awal Persekolahan bagi meringkankan beban ibu bapa membeli pakaian, buku-buku dan kelengkapan sekolah.
Bantuan Awal Pelajaran – Bantuan wang pendahuluan pendaftaranpelajar-pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA dan IPTS.
My DJ Laptop – Bantuan kepada pelajar-pelajar IPTA yang kurang berkemampuan untuk membeli komputer bagi kegunaan di pusat pengajian.
Program Bersama PIBG – Bantuan kewangan kepada PIBG bagi melaksanakan Program Tuisyen dan Motivasi untuk Pelajar UPSR, PT3 dan SPM.
Baikpulih Prasarana Sekolah – bantuan baikpulih infrastruktur dan penyelengaraan, bantuan peralatan sekolah, bantuan alat belajar dan peralatan sukan bagi kegunaan pelajar-pelajar.
Bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil yang sudah beroperasi dan baru hendak memulakan perniagaan didalam kawasan Titiwangsa. Bantuan ini berbentuk sokongan mendapatkan kemudahan pinjaman, bantuan peralatan dan barang-barang. Direkodkan dan dikategorikan seperti berikut :
Sokongan Bantuan Pinjaman / Geran – Tekun Nasional, Amanah Ikhtiar, Mara, Baitulmal, BSN dan Lain-Lain Institusi Kewangan dan Program.
Program 1 Azam – Program dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga dalam bentuk peralatan permulaan perniagaan.
Bantuan Stall / Kiosk – Bantuan Gerai Penjaja, Burger, S/S Cabinet
Bantuan Peralatan – Bantuan Peti Ais, Mesin Jahit, Oven, Peralatan Car Wash, Ice Blended, Dapur, Tray Hidangan, Peralatan Katering, Kerusi Refleksologi dan pelbagai perkakas sokongan perniagaan.
Inisiatif ini dikhaskan kepada keluarga yang hidup dalam keadaan daif, warga emas dan serba kekurangan. Bagi membantu mereka hidup dalam suasana yang lebih selesa dan harmoni. Pada masa yang sama bangunan-bangunan pangsapuri yang sudah lama tidak terurus dicat semula bagi mengindahkan kembali kawasan perumahan dan memberi nilai tambah kepada hartanah setempat dilaksanakan mengikut kategori berikut:
Program Baik Pulih Rumah Uzur – Rumah-rumah yang dikategorikan uzur dan tidak sesuai didiami kerana atap bocor, berdindingkan kain, reput kerana anai-anai dan dilanda ribut. Bantuan mengubah rumah-rumah diberikan bagi membaik pulih rumah-rumah ini.
Program Touch Point – program gotong royong membaiki rumah untuk kerja-kerja mengecat, baik pulih dapur, baik pulih pintu dan perabot, lantai dan memperbaiki bumbung dan dinding.
Program Mengecat – program mengecat blok-blok bangunan Rumah Pangsa disekitar Parlimen Titiwangsa.
Bantuan kepada Persatuan Penduduk, Masjid & Surau, Rumah Ibadat, NGO dan Kemudahan Awam bagi kegunaan masyarakat. Sebanyak 384 pembangunan telah dilaksanakan dan 121 bantuan peralatan telah diberi mengikut kategori berikut:-
Baik Pulih Infrastruktur Awam – Baik pulih Jalan, Longkang, Pagar dan Sistem Bekalan Air
Pembangunan Infrastruktur Awam – Parkir Motorsikal Dwi Guna, Bumbung Terbuka & Pentas, Wakaf / Hentian Bus, Pusat Rekreasi, Pejabat Rukun Tetangga dan Kabin Pejabat NGO.
Baik Pulih Bangunan – Dewan, Tadika, Pejabat NGO, Turap Kawasan Parkir dan Baik Pulih Kabin
Pembangunan Dan Baik Pulih Infrastruktur Sukan & Rekreasi – Gelangang Futsal, Taman Permainan Kanak-Kanak, Gelangang Badminton, Sepak Takraw dan Bola Tampar .
Bantuan Peralatan – Peralatan memasak untuk kenduri kampung, Alat Penghawa Dingin, Kerusi dan Meja Plastik, Meja dan Peralatan Pejabat, Komputer dan Mesin Cetak.
Bantuan Baik Pulih dan Pembangunan Semula Masjid & Surau – Pembangunan Masjid Nurul Islam, Masjid Ar-Rahimah, Baik Pulih Masjid dan Surau, Pembangunan Semula Surau Taman Maluri dan Surau PPR Cochrane Perkasa
Bantuan Baik Pulih Rumah Ibadat – Bantuan kepada Gudwara Sahib dan Kuil di Kg Pandan
ri)
Bantuan kepada individu dan keluarga yang kurang berkemampuan yang tinggal dalam kawasan Parlimen Titiwangsa 11,217 penerima bantuan dan 2,317 Program direkodkan dikategorikan seperti berikut:-
Bantuan Barang-Barang Dapur – DJ Prihatin, My Kasih
Bantuan Hari Perayaan – Ihya Ramadhan, Sumbangan Tahun Baru Cina, Sumbangan Deepavali, Sumbangan Hari Natal.
Bantuan Peralatan Perubatan – Kerusi Roda, Cermin Mata, Katil Hospital, Kaki Palsu, Alat Pendengaran, Lampin Pakai Buang dan Lensa Katarak
Bantuan Khairat – Sumbangan Van Jenazah, Khatan Perdana, Lembu Korban
Program Komuniti – Program Persatuan Penduduk, NGO-NGO Dalam Kawasan Titiwangsa, Old Boyz Jalan Orkid, Program Persatuan Pembangunan Akhlak Masyarakat India, COPS – Community Policing, Komuniti 1 Malaysia, UiTM, UTM Semarak, UKM dan MPP Titiwangsa
Program Belia – Program Sukarelawan Warga Titiwangsa (SWAT), Belia 4B, MBM Titiwangsa, MAYC Titiwangsa, Titiwangsa FC, NRC11 dan Kelab Belia Amal Titiwangsa.
Program UMNO & BN – Sentuhan Rakyat, Wanita Prihatin, Puteri Prihatin, Jom Pegi Pasar, Hari Keluarga, Ziarah Kasih, Jalinan Rakyat, Sahabat Seperjuangan Titiwangsa, Veteran UMNO Titiwangsa
Di antara inisiatif program - program yang telah dilaksanakan bermula tahun 2019 sehingga Kini untuk warga Parlimen Titiwangsa
Setiap tahun beliau menyalurkan bantuan alatan pendidikan seperti komputer riba (notebook) kepada anak-anak keluarga yang kurang berkemampuan yang tinggal dalam kawasan Parlimen Titiwangsa. Pemberian ini adalah usaha didalam memberikan keselesaan kepada pelajar didalam keluarga ini belajar secara atas talian (online) kerana tiada sessi persekolahan akibat pendamik COVID-19. Juga sumbangan komputer riba ini diberikan kepada anak keluarga B40 yang telah mendapat tempat di IPTA. Sehingga Disember 2021, seramai lebih daripada 150 pelajar telah menerima sumbangan komputer riba ini.
Program Bersama PIBG – Bantuan kewangan kepada PIBG bagi melaksanakan Program Tuisyen dan Motivasi untuk Pelajar UPSR, PT3 dan SPM.
Mulai tahun 2023, beliau telah menyalurkan bantuan pelajaran sebanyak RM1000 kepada semua pelajar IPTA dan IPTS warga Titiwangsa tidak kira kaum dan latar belakang. Sehingga ke hari ini lebih daripada 300 pelajar telah menerima manfaat daripada sumbangan ini.
Bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil yang sudah beroperasi dan baru hendak memulakan perniagaan didalam kawasan Titiwangsa. Bantuan ini berbentuk sokongan mendapatkan kemudahan pinjaman, bantuan peralatan dan barang-barang keperluan perniagaan.
Beliau juga pemimpin tempatan yang awal berada ditempat bencana kebakaran yang melibatkan penjaja di Desa Pandan dan Pasar Datuk Keramat selain menyampaikan sumbangan peribadi kepada penjaja kecil yang terlibat.
Bantuan barangan keperluan harian kepada keluarga yang terjejas akibat daripada pendamik COVID-19 di kawasan Parlimen Titiwangsa menerusi Program Sumbangan #TerusBerbakti anjuran Yayasan Bena Nusa. Seramai lebih daripada 15 ribu penerima setiap siri jelajah #TerusBerbakti ini dan sehingga Disember 2021, siri bantuan #TerusBerbakti telah memasuki siri ke 8. Di antara lokasi agihan sumbangan #TerusBerbakti adalah seperti:
Bantuan Hari Perayaan :
Bantuan Peralatan Perubatan – Kerusi Roda, Katil Hospital, dan Lampin Pakai Buang.
Bantuan Khairat – Sumbangan Program Khatan Perdana
Program Komuniti – Program Persatuan Penduduk, NGO-NGO Dalam Kawasan Titiwangsa seperti :
Program Belia seperti :
Program Sumbangan anjuran UMNO, Komponen BN seperti:
Bantuan Bencana seperti:
Beliau senantiasa memberi sokongan dan bersama golongan muda didalam melaksanakan program aktiviti mereka. Diantaranya program yang pernah dilaksanakan seperti :
Pelbagai aktiviti kemasyarakatan telah dilaksana dengan penglibatan Agensi Kerajaan seperti:
Juga penglibatan NGO-NGO setempat seperti :
Di antara program-program yang telah dilaksanakan oleh Yayasan Bena Nusa bersama Agensi Kerajaan dan NGO adalah seperti:
Beliau juga di jemput sebagai penal didalam pelbagai sessi wawancara khas seperti :
Beliau sering mendapat jemputan daripada NGO – NGO setempat didalam Parliment Titiwangsa untuk merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ataupun merasmikan Program – Program kemasyarakatan yang mereka laksanakan. Diantaranya seperti:
Pada setiap hujung minggu beliau akan meluangkan masa untuk bersarapan bersama penduduk – penduduk disekitar kawasan Parlimen Titiwangsa (Kg Pandan / Dato Keramat dan Kg. Bharu) dan menziarahi individu yang uzur.
Program ini diteruskan oleh Pegawai Khas beliau, En Mohamad Nor Ibrahim pada setiap 2 minggu jika beliau tidak berkesempatan.