Waktu Operasi : Isnin - Jumaat | 9.00am - 5.30pm

Berita

Home > Berita

Dewan Rakyat: Minyak masak peket diseleweng buat biodiesel – Johari

KUALA LUMPUR– Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mendedahkan kepada Dewan Rakyat mengenai aktiviti penyelewengan terbaru melibatkan minyak masak peket bersubsidi di negara ini.

Menurut beliau, terdapat pihak tidak bertanggungjawab membeli minyak masak peket bersubsidi untuk dibuat biodiesel kerana harga bahan bersubsidi itu lebih murah daripada minyak masak kitar semula.

“Dulu ketirisan ini (minyak masak peket membabitkan) di eksport (ke luar negara). Kemudian kita tahan dan dapat atasi soal eksport. Kemudian kita jumpa pula (penyelewengan) pemborong dapat minyak peket, jual kepada syarikat-syarikat mikro dengan harga yang tinggi.

“Maka sasaran subsidi tidak berlaku. Akhir-akhir ini ada orang beli minyak peket untuk dibuat biodiesel kerana harga minyak masak kitar semula lagi tinggi daripada harga dalam peket,” katanya pada sesi soal jawab lisan membabitkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNK) di sini hari ini.

Sehubungan itu, Johari mencadangkan kepada kerajaan supaya subsidi minyak masak kepada golongan bersasar itu dibuat dengan kaedah pemindahan tunai bagi mengelakkan ketirisan subsidi daripada terus berlaku.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Fuziah Salleh berkata,b beliau bersetuju dengan kenyataan Johari mengenai penyelewengan tersebut dan penyasaran subsidi bermula tahun depan akan turut melibatkan subsidi minyak masak.

Sumber : KOSMO

Previous BN tiada isu ketandusan calon – Johari

Johari Ghani © 2023. Hakcipta Terpelihara.