Waktu Operasi : Isnin - Jumaat | 9.00am - 5.30pm

Berita

Home > Berita

Amizar perlu jaga kebajikan Long Nan – Johari

BENTONG – Datuk Amizar Abu Adam diminta menjaga kebajikan dan keperluan Orang Asli yang terdapat  di sini, Long Nan, jika mahu Barisan Nasional (BN) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Palangai pada Pilihan Raya Kecil (PRK), 7 Oktober.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Johari Abdul Ghani berkata, calon BN itu perlu meneruskan trek rekod parti yang cemerlang dalam menjaga masyarakat asal itu seperti yang dilakukan bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob.

“Bukan retorik tapi kita buat. Saya dah beritahu penanda aras perlu ada untuk sampai tahap itu, di mana perkara infrastruktur asas semua ada terbina, cuma satu sahaja dia selesaikan isu,” katanya ketika ditemui, di sini, semalam.

Pelangai dijadikan kawasan DUN pada 1986 dengan Adnan mewakili kawasan tersebut selama lapan penggal (1986-2022) di ikuti Datuk Seri Johari Harun selepas itu.

PRK Pelangai diadakan berikutan kematian Johari yang terlibat dalam nahas pesawat ringan di Bandar Elmina, Shah Alam Selangor pada Ogos lalu.

Menurut Johari, beliau mendapati kemudahan turut disediakan di kawasan penempaatan Orang Asli walaupun bilangan penduduknya kecil malah BN tidak pernah mengabaikan kebajikan rakyat dengan membangunkan kawasan Felda.

Tambah beliau, bidang pendidikan juga perlu diberi perhatian untuk masyarakat Orang Asli dalam usaha memastikan meraka keluar daripada kepompong kemiskinan. – MalaysiaGazette

Sumber : MALAYSIAGAZETTE

Previous Umno veep Johari Abdul Ghani says 10 months too short to judge unity govt’s performance, one term fairer

Johari Ghani © 2023. Hakcipta Terpelihara.